• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cinta Sejati, Lelaki 73 Tahun Kahwini Nenek Usia 114 Tahun

oleh Ahmad Albab
12/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CINTA itu buta. Mungkin bagi sesetengah orang ia hanyalah satu pepatah tetapi bagi seorang warga emas, Zheng, yang berusia 71 tahun, ia adalah satu kebenaran.

Zheng telah berkahwin dengan seorang nenek yang berusia 114 tahun, Zhang Shuying selepas bertemu di rumah orang tua-tua di Bachu, China.

Pada mulanya Shuying keberatan untuk berkahwin dengan Zheng, apatah lagi perbezaan usia mereka adalah 43 tahun namun Zheng yang jatuh cinta pandang pertama dengan Shuying, tidak putus asa.

Dia mengambil masa selama setahun untuk meyakinkan Shuying agar mengahwininya. Selama ini pun, Shuying yang banyak membantu Zheng, yang cacat selepas terlibat dalam kemalangan.

Mereka mengikat tali perkahwinan di rumah orang tua-tua itu di hadapan penjaga dan penghuni rumah terbabit.

“Saya tidak berpelajaran dan miskin. Kemalangan kereta api telah menyebabkan saya kedua-dua kaki saya cacat ketika berusia 20 tahun, jadi saya tidak pernah membayangkan hari bahagia ini,’’ katanya.

Dengan adanya Shuying dalam hidupnya, Zheng menyifatkan hidupnya kini sudah sempurna selepas sekian lama merindui teman untuk hidup bersama. Dia juga berjanji untuk menjaga Shuying dengan sebaik mungkin, selagi terdaya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: perkahwinanwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd