• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Persoal Jamal Tidak Buat Aduan Facebook Palsu

oleh AK-47
12/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Posting Facebook itu bertarikh 21 September 2016 iaitu kira-kira tiga minggu lalu. Mengapa Jamal (Datuk Jamal Md. Yunos) tidak membuat aduan mengenainya?”

Demikian persoalan dibangkitkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung penafian Jamal beliau ada mengeluarkan kenyataan di Facebook yang mengugut peristiwa 13 Mei boleh berulang di negara ini.

Kit Siang turut mempersoalkan sama ada dalam tempoh 18 hari tersebut Jamal tidak menyedari berhubung posting Facebook yang mengandungi ayat 13 Mei and Parang Terbang itu sedangkan ia menggunakan namanya.

“Jamal berkata itu adalah akaun (Facebook) palsu, kerja ejen provokasi. Mengapa pula beliau membuat tuduhan tidak berasas posting itu dibuat oleh DAP?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata, DAP mempersoalkan sama ada pihak polis akan dapat menghentikan pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh kumpulan Baju Merah.

Satu akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Dato Jamal Yunos’  baru-baru ini memuat naik kenyataan berbaur ancaman seperti berikut:

“Saya berjanji tragedi 13 Mei akan berulang dan parang terbang akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #Bersih5 yang dijadualkan pada 19 Nov ini. Hidup Melayu!”

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dipetik berkata, tindakan tegas dan segera akan diambil terhadap pemilik laman Facebook berkenaan yang memuat naik kenyataan berbaur hasutan berhubung Perhimpunan Bersih 5.0. – MYNEWSHUB.CC

Tags: facebookLim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak memuat naik ucapan syukur dan tahniah kepada rakyat Selangor susulan pembukaan laluan Transit...

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd