• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Senator Angkat Sumpah Bagi Penggal Kedua

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Batu Datuk Yahaya Mat Ghani antara tiga individu yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator bagi penggal kedua, hari ini.

Dua yang lain ialah Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, 47, dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Khairudin ES Abd Samad, 62.

Ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S A Vigneswaran di Bangunan Parlimen, di sini.

Ketika ditemui pemberita, Yahaya, 58, berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, berkata beliau akan meneruskan perjuangan membela nasib masyarakat bandar yang daif.

“Syukur, amanah dan tanggungjawab diberi sekali lagi untuk menduduki kerusi Senator. Peranan saya masih sama sejak dilantik (Senator) pada 2013 dahulu niat saya untuk menolong rakyat mendapat keselesaan antaranya memastikan rakyat miskin di Kuala Lumpur ini mendapat rumah…ini teras perjuangan saya,” katanya.

Sementara itu Megat Zulkarnain yang merupakan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia berkata beliau akan menggunakan tanggungjawab yang diberi untuk membawa suara anak muda dalam memastikan hak dan peranan mereka diberi keutamaan.

“Generasi muda amat penting kepada pembangunan negara kerana kalau mahu lihat masa depan negara, kita perlu melihat generasi mudanya. Justeru saya ingin yakinkan anak muda bahawa suara mereka boleh didengar melalui saluran dan tempat yang betul dan jangan terlibat dengan politik kotor pembangkang yang menggunakan jalan lain untuk bersuara,” katanya.

Khairudin yang merupakan Presiden Majlis Senator Malaysia pula mahu menekankan kepentingan menjaga kedaulatan negara bagi memastikan ia tidak dipermainkan oleh mana-mana pihak. – BERNAMA

Tags: angkat sumpahSenator
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar antara enam individu...

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd