• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anina Tarik Balik Saman Berhubung Pemecatan UMNO

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin hari ini menarik balik saman pemula yang difailkan terhadap Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dua lagi di Mahkamah Tinggi di sini berhubung pemecatan keanggotaannya dalam UMNO, Ogos tahun lepas.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Anina berkata saman itu ditarik balik atas alasan tiada lagi isu berhubung keanggotaan Anina dalam UMNO dan ia tidak relevan serta bersifat akademik.

Katanya ini kerana Anina kini anggota jawatankuasa parti yang baru ditubuhkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Mahkamah turut memerintahkan Anina membayar kos RM2,000 kepada defendan-defendan,” kata peguam itu selepas pengurusan kes itu di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar.

Turut hadir peguam Nor Hazira Abu Haiyan mewakili Tengku Adnan dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh selaku defendan kedua dan ketiga. Mohamed Haniff Khatri menyebut bagi pihak kerajaan Malaysia selaku defendan pertama dalam kes saman itu.

Pada 3 Jun lepas, Anina memfailkan saman itu bagi mendapatkan pengisytiharan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 sebagai tidak sah dan terbatal dan bercanggah dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan diri dan Perkara 8 iaitu kesamarataan di sisi undang-undang.

Katanya Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO iaitu mana-mana anggota yang membawa perkara parti atau keanggotaannya ke mahkamah tanpa mematuhi sepenuhnya peraturan parti akan digugurkan keanggotaan, adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Perkara 5 dan 8.

Oleh itu Anina mendakwa pemecatan keanggotaannya dalam UMNO pada 28 Ogos 2015 adalah tidak sah dan terbatal. – BERNAMA

Tags: AninaUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd