• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Gerakan Umum Awal 5 Calon Bagi Selangor – Mah

oleh Ahmad Albab
11/10/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gerakan hari ini memperkenalkan lima individu yang bakal diketengahkan sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di Selangor bagi memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian sejak awal, kata Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.

Mah, yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, berkata strategi kali pertama yang dilakukan Gerakan itu akan membolehkan rakyat menilai dengan teliti dan memberi peluang kepada calon yang juga penyelaras parti bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Beliau berkata kesemua mereka akan melalui tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum nama mereka dihantar kepada pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Kami harap sebelum bulan depan kami dapat hantar biodata dan profil calon kepada MACC supaya boleh semak untuk dapat pelepasan jika terdapat masalah yang mungkin kita tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-45 Gerakan di sini.

Lima calon yang diperkenalkan hari ini termasuk Pengerusi Gerakan Selangor, Datuk David Ang Chin Tat bagi kerusi Parlimen Puchong.

Selain itu, bagi kerusi DUN, Naib Presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pillay diletakkan di Kota Alam Shah; Timbalan Speaker Syed Abdul Razak Syed Long (Bukit Lanjan); Setiausaha Organisasi Pemuda Ben Liew Pok Boon (Teratai); dan Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda Gerakan Chai Ko Thing (Bukit Gasing).

Mah, yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan, berkata kelima-lima kerusi itu merupakan kerusi yang diperuntukkan kepada Gerakan bagi Selangor kecuali kerusi DUN Kota Shah Alam yang dipinjamkan kepada MyPPP bagi PRU ke-13 lalu.

Mah berkata dengan pengumuman itu beliau berharap pembangkang turut dapat melakukan perkara sama supaya rakyat dapat membuat perbandingan antara calon yang diketengahkan kedua-dua pihak.

Ditanya berkaitan calon yang akan bertanding di kawasan lain, Mah berkata Gerakan sedang dalam perbincangan dengan MCA bagi memohon menukar kerusi DUN Tanah Rata di Pahang yang ditandingi Gerakan dengan DUN Ketari yang ditandingi MCA pada PRU13. – BERNAMA

Tags: Mah Siew KeongPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd