• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ZPP Nafi Gambar Viral Buang Kelengkapan Sekolah Asnaf

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini menafikan pihaknya membuang kelengkapan persekolahan untuk golongan asnaf yang disimpan di stor penyimpanan barangan itu di Bandar Perda, di sini seperti yang viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lepas.

ZPP Nafi Gambar Viral Buang Kelengkapan Sekolah Asnaf

Menurut kenyataan ZPP hari ini, pihaknya sedih dan kecewa dengan mereka yang tidak bertanggungjawab dan telah tersalah tafsir tanpa menyelidik serta menyemak terlebih dahulu dengan ZPP, sebaliknya terus menviralkan perkara yang tidak benar ke dalam media sosial untuk tatapan umum.

“Kelengkapan sekolah itu (seperti yang diviralkan) hanyalah barangan rosak (reject) yang diperoleh dan kelengkapan yang dipulangkan oleh pelajar untuk digantikan dengan yang baharu, jadi tidak timbul isu ZPP membuang dan membakar kelengkapan persekolahan seperti yang diviralkan.

“Barangan reject yang dimaksud itu seperti zip seluar, kain atau beg sekolah yang rosak, tali beg sekolah yang terputus atau beg sekolah terkoyak dan jahitan yang tidak kemas,” menurut kenyataan itu lagi.

Selain itu sebagai makluman, pihak ZPP juga dalam proses melakukan kerja pembersihan dan penyusunan barang bagi kemasukan stok kelengkapan persekolahan yang baharu untuk persediaan agihan kelengkapan persekolahan sesi 2017 yang akan dinikmati hampir 10,000 orang pelajar asnaf bermula pertengahan Oktober 2016.

Menurut kenyataan itu ZPP juga sentiasa memastikan barangan kelengkapan persekolahan asnaf yang disimpan di dalam stor itu berada dalam keadaan terbaik dan disusun bagi memudahkan proses agihan.

“Mungkin berlaku salah faham di sini oleh pihak yang menviralkan perkara ini,” katanya.

ZPP turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sangat prihatin kepada permasalahan itu dan mengambil maklum atas teguran serta akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Menurut kenyataan itu lagi, adalah tidak wajar untuk memberi bantuan yang kurang sempurna kepada asnaf dan ZPP juga memastikan setiap bantuan yang disalurkan adalah yang terbaik buat mereka. – BERNAMA

Tags: asnafZakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd