• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpengaruh Dengan Janji Pembangkang

oleh Ahmad Albab
09/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan penduduk negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan janji kosong parti pembangkang yang sememangnya pandai membuat pelbagai janji, namun ternyata tidak mampu ditunaikan.

“Jangan dengar cakap orang (pembangkang)….janji macam-macam. Dia boleh buat janji macam-macam. Janji dulu air percuma….memang percuma pun sebab tidak ada air. Malah dulu janji kata tidak ada cukai, tapi kini cukai naik berkali ganda.

“Janji dulu nak beri elaun kepada ibu tunggal setiap bulan, tapi tidak ada pun. Bahkan ramai daripada penduduk kaum India di sempadan Selangor-Negeri Sembilan iaitu di Sepang dan Semenyih, masuk ke Negeri Sembilan minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kita luluskan,” katanya di sini, malam tadi.

Mohamad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Jubli Perak dan sambutan Deepavali Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) di sini. Turut hadir ialah Presiden IPF, Datuk M. Sambanthan dan Presiden IPF Negeri Sembilan, S. Visvanathan.

Sementara itu, bercakap kepada Bernama Sambanthan berkata IPF akan terus memberi sokongan pada calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 walaupun parti itu belum menganggotai BN.

“Kita adalah ‘Friends of BN’ dan akan terus memberi sokongan kepada BN. Seperti mana yang semua ketahui, PRU14 ini adalah satu cabaran besar kepada BN dan kita mempunyai pengalaman untuk membantu menguatkan jentera pilihan raya BN.

IPF kini mempunyai lebih 138,000 ahli dengan 79 bahagian di seluruh negara,” katanya.

Sambanthan berkata walaupun pembangkang ada membuat tawaran kepada IPFuntuk menyertai mereka tetapi IPF tetap dengan pendirian menyokong BN.

“Sebagai ‘Friends of BN’ kita setia dan tetap sokong BN. Kita tidak boleh tolak BN kerana kita tahu BN banyak membawa pembangunan dan kemajuan kepada negara dan dalam masa yang sama turut membela nasib rakyat Malaysia.

“Kita sedar parti pembangkang tidak boleh membawa banyak kebaikan kepada rakyat negara ini dan kita tolak mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka merasmikan Perhimpunan Agung IPF ke-24 2016 di Putrajaya pada 6 Nov ini. – BERNAMA

Tags: Mohamad Hasanpembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd