• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Anwar-Saiful Berkumpul Di Hadapan Istana Kehakiman

oleh Ahmad Albab
06/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan masing-masing berkumpul di hadapan Istana Kehakiman di sini pada Khamis, yang sedang mendengar rayuan terakhir sabitan meliwat dan hukuman penjara lima tahun terhadap penasihat PKR itu.

Masing-masing kelihatan mempunyai kira-kira 50 penyokong dan polis memisahkan kedua-dua kumpulan itu dengan penghalang bagi mengelakkan insiden tegang berlaku.

Kedua-dua kumpulan penyokong itu kelihatan memegang pelbagai sepanduk dan kain rentang. Ada juga yang membaca surah Yasin.

Hari ini, pihak pembelaan diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram akan menggulung hujahan pembelaan.

Pasukan pembelaan yang memulakan hujahan pada 28 Okt untuk mendesak Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar, 67, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari, 27, mengambil masa tiga hari untuk mengemukakan hujahan mereka.

Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang memulakan hujahan balas terhadap alasan pihak pembelaan pada 31 Okt juga mengambil masa tiga hari untuk mengemukakan hujahan. – BERNAMA

Tags: kes liwatmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd