• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendengaran Rayuan Anwar Masuk Hari Ketujuh

oleh Ahmad Albab
06/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pendengaran rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan meliwat dan hukuman penjara lima tahun, memasuki hari ketujuh pada Khamis di Mahkamah Persekutuan di sini, dengan pihak pembelaan membalas hujahan pihak pendakwaan.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan 14 peguam mewakili Anwar memberitahu mahkamah pada 4 Nov bahawa peguam Ramkarpal Singh Deo akan mula berhujah dahulu dan beliau (Sri Ram) akan menggulung hujahan pihak pembelaan.

Pasukan pembelaan yang memulakan hujahan pada 28 Okt untuk mendesak Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat, mengambil masa tiga hari untuk mengemukakan hujahan mereka.

Ketua pasukan pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang memulakan hujahan balas terhadap alasan pihak pembelaan pada 31 Okt juga mengambil masa tiga hari untuk mengemukakan hujahannya.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendengar rayuan berkenaan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap ketua pembangkang itu yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas, selepas ia meminda keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahimkes liwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd