• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Nak Jadi Di Selangor? Sungai Serai Pula Tercemar

oleh AK-47
10/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas Sungai Semenyih di Selangor disahkan tercemar pada 24 September lalu mengakibatkan banyak kawasan di negeri itu terjejas bekalan air, terkini Sungai Serai pula disahkan mengalami pencemaran bau malam tadi.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong berkata, kejadian terbaru itu akan menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air.

Jelasnya, Loji Rawatan Air Langat dan Cheras masing-masing telap ditutup pada pukul 8.30 malam dan 12 tengah malam tadi disebabkan pencemaran bau itu yang disyaki berpunca dari Sungai Semantan di Pahang.

“Portal aliran masuk Sungai Serai yang menerima air daripada terowong khas daripada Sungai Semantan telah dikesan mengeluarkan bau luar biasa.

“Badan Kawal Selia Air Pahang telah dihubungi untuk memaklumkan pencemaran ini kepada Jabatan Alam Sekitar Pahang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Elizabeth berkata, bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terlibat dan premis kritikal, seperti hospital dan pusat dialisis.

Beliau turut meminta orang ramai supaya memuat turun ‘mySYABAS’ aplikasi telefon pintar atau melayari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk mengelakkan kesesakan di pusat panggilan pelanggan SYABAS.

“Petugas sungai Air Selangor berada di Pahang untuk membantu Badan Kawal Selia Air Pahang dan Jabatan Alam Sekitar mengesan punca pencemaran.

“Pada masa yang sama, air daripada empangan Sungai Langat telah dilepaskan pada pukul 11.45 malam sebagai usaha untuk menangani pencemaran bau air mentah,” katanya.

Sebelum ini, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup berikutan pencemaran di Sungai Semenyih menyebabkan penduduk mengalami masalah ketiadaan bekalan air. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pencemaran airsungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

01/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki ditemui di tepi sungai berhampiran sebuah kolej swasta di Bandar Sunway, malam tadi. Mayat yang hanya...

Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh

Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh

13/09/2025
0

Ipoh: Polis mengklasifikasikan penemuan mayat dalam bungkusan di tepi sungai berhampiran tanah perkuburan Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd