• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anuar Zain Suamiku Kelahiran Lepas – Peminat Fanatik

oleh AK-47
10/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

‘KEGILAAN’ peminat terhadap penyanyi Anuar Zain sememangnya tidak dapat disangkal sejak awal kemunculannya dalam industri hiburan ini.

Sebagai seorang artis yang diminati golongan wanita daripada pelbagai peringkat umur, ada juga menyimpan impian untuk berkahwin dengan penyanyi berusia 46 tahun itu.

Anuar Zain Suamiku Kelahiran Lepas - Peminat Fanatik

Baru-baru ini di laman sosial tersebar status seorang wanita yang dikenali sebagai Farhana Aziz mendakwa penyanyi lagu Keabadian Cinta itu adalah suaminya pada kelahiran lepas.

“Aku dah tahu dan faham kenapa aku begitu tertarik dan meminati Anuar Zain. Rupanya dia suami aku pada kelahiranku yang lepas. Subhanallah. Allahu Akbar,” katanya dalam posting Facebook yang bertarikh 6 Febuari lalu.

Walaupun status itu dibuat beberapa bulan lepas, namun ia mula trending di Twitter petang semalam.

Lebih mengejutkan apabila peminat yang daripada pemerhatian Mynewshub adalah seorang beragama Islam mempercayai adanya kelahiran semula.

“Rupanya memang benar wujud kelahiran semula seperti tercatat dalam Kitab suci Veda dan Kitab suci agama Buddha,” katanya.

Anuar Zain Suamiku Kelahiran Lepas - Peminat Fanatik

Status Farhana itu mendapat kritikan daripada netizen dan mempersoalkan sama ada kenyataan itu adalah miliknya atau ditulis oleh orang lain menerusi akaun Facebooknya.

Bagaimanapun, Farhana mengakui status berkenaan ditulis olehnya dan bercakap benar dengan kenyataan itu.

“Saya tak kena hack la, Saya cakap benar la,” katanya.

Netizen yang dikenali sebagai Muhammad Azrul memuat naik komen yang menyangkal kenyataan Farhana.

“Kita tak adanya wujud hidup semula. Kitab hanya memberitahu; ‘manusia bila selepas mati ingin hidup semula kerana ingin tebus semula dosanya’ dunia sebenar hanya akhirat kelak,” tulisnya di ruangan komen.

Pemerhatian Mynewshub mendapati wanita yang berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan graduan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) ini sering memuat naik cerita atau berita berkaitan Anuar Zain serta status yang boleh dikategorikan sebagai ‘syok sendiri’.

Ini antara postingnya. “Aku hanya setia pada Anuar Zain saja sebab dia seorang saja yang tak reject aku dan waktu aku pura-pura selekeh dan berwajah hodoh pun dia masih nakkan aku. Tak payahlah nak mengorat aku wahai mana-mana lelaki sekalipun. Semua pandang darjat dan harta aku je kan. Aku PALING benci lelaki yang pandang darjat dan harta aku,” katanya.

Perkongsian wanita ini dianggap sebagai ekstrem kerana terlalu obses dengan artis sehingga terlupa dengan ajaran Islam yang sebenarnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AgamaAnuar ZainpeminatWanita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd