• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teresa Fail Semak Kehakiman Batal Naik Caj Parkir

oleh AK-47
07/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dan Presiden Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd. Yusof Abdul Rahman memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan perintah menaikkan caj parkir.

Kok dan Mohd Yusof memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan S.N. Nair & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Mereka selaku pemohon menamakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam afidavit sokongannya, mereka menuntut satu deklarasi bahawa kenaikan caj parkir yang dikenakan adalah terlampau dan tidak munasabah, terlampau tinggi dan membebankan orang ramai.

Selain itu, mereka mendakwa kenaikan caj dilaksanakan oleh responden juga telah gagal mengambil kira keadaan sistem pengangkutan awam yang masih belum sempurna dan tidak meliputi kebanyakan kawasan terutamanya di pinggir bandar. – BERNAMA

Tags: parkir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cikgu Pukul Cikgu Berebut Parkir

Cikgu Pukul Cikgu Berebut Parkir

27/01/2023
0

MELAKA : Seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul seorang wanita yang juga guru...

Kaedah Baharu Bayaran Parkir MPS 2 Januari 2019

27/12/2018
0

SEREMBAN - Kutipan bayaran tempat letak kereta dan penguatkuasaannya di Bandar Seremban akan dimulakan pada 2 Januari 2019 selepas penangguhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd