Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Alec Baldwin Didakwa Tumbuk...

NEW YORK - Pelakon Hollywood, Alec Baldwin diberkas dan didakwa menyerang seorang lelaki...

Pegawai Kastam Didakwa Terima...

SHAH ALAM - Seorang pegawai Kastam hari ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan...

Harga Minyak Turun Paling...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Beri Peluang Mara Diteraju...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Awang Adek Hussin...

Teresa Fail Semak Kehakiman Batal Naik Caj Parkir

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dan Presiden Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd. Yusof Abdul Rahman memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan perintah menaikkan caj parkir.

Kok dan Mohd Yusof memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan S.N. Nair & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Mereka selaku pemohon menamakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam afidavit sokongannya, mereka menuntut satu deklarasi bahawa kenaikan caj parkir yang dikenakan adalah terlampau dan tidak munasabah, terlampau tinggi dan membebankan orang ramai.

Selain itu, mereka mendakwa kenaikan caj dilaksanakan oleh responden juga telah gagal mengambil kira keadaan sistem pengangkutan awam yang masih belum sempurna dan tidak meliputi kebanyakan kawasan terutamanya di pinggir bandar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori