• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Fauziah Gembira Dan Ceria Setibanya Di Bangkok

oleh Ahmad Albab
08/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK - Aktivis kemanusian Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hassan tetap berada di dalam keadaan gembira dan ceria setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini selepas dibebaskan oleh rejim Israel.

Ketibaan aktivis misi Women Boat’s to Gaza (WBG) di Bangkok dari Tel Aviv, Israel itu disambut oleh pegawai Kedutaan Malaysia di Thailand dan suaminya Prof Dr Mohd Alauddin Mohd Ali yang baharu sahaja tiba dari Kuala Lumpur.

“Beliau (Dr Fauziah) berada dalam keadaan gembira,” kata seorang pegawai kedutaan kepada Bernama selepas menyambut wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan ke Gaza itu hari ini.

Dr Fauziah menurut pegawai kedutaan itu bagaimanapun tidak dibenarkan meninggalkan ruangan transit di lapangan terbang itu sementara menunggu penerbangannya ke Kuala Lumpur.

Beliau tiba di Bangkok pada 2 petang (waktu Thai) menerusi penerbangan Thai Airways TG4594  dari Tel Aviv dan akan pulang ke Malaysia menerusi penerbangan TG417 pada 4 petang (waktu Thai).

Aktivis kemanusiaan negara itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 7 malam.

Dr Fauziah ditahan oleh tentera Israel pada Rabu lepas bersama 10 anggota misi WBG yang lain semasa menaiki kapal Zaytouna-Oliva menuju ke Gaza.

Kapal misi kemanusiaan anjuran Freedom Flotilla Coalition itu kemudiannya ditunda ke Pelabuhan Ashdod. – BERNAMA

Tags: Dr Fauziah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktivis WGB Harap Malaysia Anjur Misi Ke Gaza

17/12/2016
0

IPOH - Aktivis 'Women's Boat to Gaza (WBG)' dari pelbagai negara berharap Malaysia dapat menyediakan flotila atau bot sekali gus...

Contohi Kegigihan Wanita Palestin – Dr. Fauziah

06/11/2016
0

KANGAR - Peserta misi Women's Boat To Gaza (WBTG), Dr. Fauziah Mohd Hasan berkata wanita Malaysia patut mencontohi kegigihan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd