• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Johor Gembira Pemimpin UMNO Berpaling Tadah

oleh Ahmad Albab
08/10/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP gembira dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Shahruddin Salleh berpaling tadah daripada UMNO bagi menyertai parti yang ditubuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, tindakan Shahruddin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyebabkan Barisan Nasional (BN) kini kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Justeru, katanya, DAP Johor mengalu-alukan langkah wakil rakyat UMNO meninggalkan parti Melayu itu dan menyertai PPBM yang turut dikepalai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau turut memberi peringatan kepada semua pihak termasuk sekutunya bahawa DAP memegang sebanyak 13 kerusi DUN Johor waktu ini.

“DUN Johor mempunyai sebanyak 56 kerusi. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), pembangkang memenangi 18 kerusi yang mana 13 daripadanya adalah milik DAP,” katanya penuh bangga dalam satu kenyataan media hari ini.

Chin Tong berkata, tindakan Shahruddin berpaling tadah daripada parti Melayu UMNO bermakna pembangkang termasuk DAP cuma memerlukan 10 lagi kerusi untuk memerintah Johor.

Justeru, katanya, Johor kini bukan lagi kubu kuat UMNO.

Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Johor, Aminolhuda Hassan pula menegaskan, BN kini tidak lagi boleh meminda undang-undang Johor.

Beliau mendakwa akan ada beberapa lagi ADUN Johor daripada UMNO yang akan turut meninggalkan parti itu sebelum pembubaran DUN.

Mahathir dan Muhyiddin bertindak menubuhkan PPBM selepas usaha mereka untuk menggulingkan Presiden UMNO sejak tahun lalu menemui jalan buntu.

PPBM kemudian berhasrat menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan yang didominasi DAP dalam usaha menumbangkan parti Melayu UMNO bagi melunaskan dendam mereka. – mynewshub.cc

Tags: DAPUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd