• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan ‘Berduit’ Diami Unit Kos Rendah, Sederhana

oleh Ahmad Albab
07/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Bayangkan anda lihat kereta Honda HRV, Toyota Altis atau motosikal berkuasa tinggi, BMW masing-masing berharga lebih RM100,000 di parkir blok pangsapuri kos rendah dan sederhana (LMC) di Bukit Gambier.

Jika kenderaan itu kepunyaan pemilik unit kediaman tersebut, maka setiap kenderaan itu lebih mahal berbanding seunit pangsapuri berkenaan yang berharga RM72,500, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Beliau percaya beberapa unit pangsapuri tersebut diduduki oleh individu yang memang sepatutnya tidak layak.

Di bawah dasar perumahan negeri, beliau berkata setiap unit pangsapuri itu dijual kepada mereka yang harus berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,500.

Pemilik malah tidak dibenarkan untuk menyewa atau menjadikan unit kediaman mereka itu sebagai homestay atau inap desa.

“Saya terkejut melihat kereta dan motosikal mewah diletakkan di pangsapuri tersebut. Adakah penduduk itu layak tinggal di pangsapuri tersebut?

“Ramai pemohon miskin yang layak tetapi masih berada dalam senarai untuk mendapatkan pangsapuri kos rendah dan sederhana.

“Kami akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu,” kata Cheng Guan pada sidang media di sini, Khamis.

Baru-baru ini, akhbar The Star melaporkan penduduk mendakwa hampir separuh daripada 780 unit pangsapuri di Tower A dan Tower B disewakan.

Salah seorang pemilik pangsapuri itu mendakwa kebanyakan penduduk menyewa unit kediaman sebaik menerima sijil layak menduduki (CF) pada Oktober 2013 bagi Tower A dan April 2014 untuk Tower B.

Difahamkan kerajaan negeri Pulau Pinang turut melanjutkan moratorium pada penjualan berikutnya unit pangsapuri tersebut kepada 10 tahun.

Terdapat satu kes di mana mereka berjaya menjumpai dua buah kereta dan tiga motosikal menggunakan nombor plat kenderaan yang sama.

“Ketiga-tiga motosikal itu sahaja bernilai lebih RM237,000,” katanya.

Cheng Guan berkata beliau turut terkejut apabila kebanyakan unit kediaman tersebut boleh disewa atau dijual dalam pelbagai portal hartanah dalam talian. – The Star/mStar Online

Tags: PangsapuriPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd