• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Sindiket Dadah Didalangi Warga Nigeria Tumpas

oleh AK-47
06/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak polis menumpaskan dua sindiket dadah yang didalangi warga Nigeria yang menggunakan syarikat perkhidmatan kurier bagi menjalankan kegiatan mereka.

Dalam lima serbuan di sekitar Selangor dan ibu negara dari 30 Sept hingga Selasa lepas, lapan suspek berusia antara 25 dan 38 tahun termasuk empat warga Nigeria ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mokhtar Mohd Shariff berkata operasi oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) turut merampas dadah lebih 6 kilogram yang disyaki ganja dan syabu bernilai RM163,000.

“Dalam tiga serbuan pada 30 Sept hingga 1 Okt di sekitar Petaling Jaya, Puchong dan Cyberjaya, polis menahan dua lelaki warga Nigeria, seorang lelaki dari Republik Guinea, seorang lelaki warga Uganda serta seorang wanita tempatan.

“Dalam serbuan itu, sejumlah 3.9 kilogram dadah disyaki ganja dan 106 gram disyaki syabu bernilai RM19,000 dirampas selain dua kenderaan Proton Persona dan Perodua Viva disita,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mokhtar berkata dalam serbuan berasingan di sekitar Kepong dan Cyberjaya pada Selasa pula, polis menahan dua lagi lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Indonesia.

“Polis menemui kira-kira dua kilogram dadah disyaki syabu yang dibawa masuk daripada Mumbai, India yang disorok dalam kotak tali leher dan kafling melalui syarikat perkhidamatan kurier bernilai RM144,000.

“Selain wang tunai RM1,250, turut disita ialah sebuah kereta Proton Wira Aeroback,” katanya yang menambah ini merupakan kes pertama dadah disyaki ganja dibawa masuk ke negara ini dari Nigeria.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: kes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd