• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Warga Emas Dipukul Di Pusat Jagaan Orang Tua

oleh AK-47
06/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIDEO seorang warga emas didera oleh seorang lelaki yang dipercayai pemilik sebuah pusat jagaaan orang tua di Melaka, mencetuskan kemarahan ramai netizen.

Rakaman berdurasi selama 11 saat yang dimuat naik oleh Yee Fah Lee sejak semalam itu telah disaksikan melebihi 3 juta tontonan dan menerima sebanyak 4,379 perkongsian.

Menerusi rakaman tersebut, warga emas berusia 70-an itu dipukul beberapa kali di bahagian kepala oleh suspek yang merupakan seorang lelaki warga India berusia 56 tahun.

Yee turut meminta mana-mana individu yang mengenali mangsa atau anak kepada warga emas tersebut untuk tampil menyelamatkannya daripada terus diperlakukan kejam.

Berdasarkan laporan The Star, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Pusat Jagaan All Mighty Old Folks Home, di Klebang Besar, namun tidak diketahui tarikh sebenar kejadian.

Ekoran video berkenaan, Jabatan Kebajikan Negeri mengarahkan pusat jagaan itu ditutup dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka, Datuk Latipah Omar berkata, semua 19 orang penghuni akan dipindahkan ke rumah lain.

Video: Warga Emas Dipukul Di Pusat Jagaan Orang Tua

“Kami mendapati rumah itu tidak sesuai untuk menjaga warga emas selepas bertemu dengan penghuni dan penjaga,” katanya.

Dalam pada itu, penjaga rumah tersebut yang berusia 56 tahun menafikan telah mendera warga emas selepas rakaman penderaan menjadi viral dan turut tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

Dia mendakwa bahawa seorang bekas kakitangannya yang dipecat telah merakam video tersebut untuk memburukkan reputasi rumah jagaan itu.

Walau bagaimanapun, bekas kakitangan berkenaan pula turut menafikan bahawa dia dipecat oleh penjaga rumah tersebut.

“Saya meletak jawatan secara sukarela kerana saya tidak tahan lagi melihat orang tua dibuli,” katanya.

Latipah berkata, semua penghuni di situ akan dihantar kepada waris masing-masing dan jika waris mereka tidak boleh menjaga, pihak JKM akan menghantar penghuni ke pusat jagaan yang sesuai seperti di Rumah Seri Kenangan Cheng atau Bukit Larang.

“Kes membabitkan tindakan lelaki berkenaan kita serah kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: DeraJKMpusat jagaanwarga emas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd