• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Utamakan Gagasan Sejahtera – Tuan Ibrahim

oleh Ahmad Albab
06/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Sebarang bentuk kerjasama baru PAS dengan mana-mana parti baharu mesti dapat diterima oleh parti dalam Gagasan Sejahtera,” tegas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Justeru, katanya, sebarang ura-ura kerjasama PAS bersama mana-mana parti baharu adalah tidak rasmi sehingga adanya kenyataan rasmi oleh Gagasan Sejahtera.

“PAS kini bersama Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Ikatan dan masih bertahuluf dengan PKR.

“Oleh itu, PAS akan mengutamakan Gagasan Sejahtera berbanding gabungan dengan parti-parti lain,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

PAS pada Ogos lalu mengumumkan pembentukan satu lagi blok parti pembangkang selain Pakatan Harapan iaitu melibatkan kerjasama PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.

Parti Ikatan diketuai oleh bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Blok pembangkang Pakatan Harapan pula dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Tuan Ibrahim turut mengingatkan PAS hanya akan berkerjasama dengan mana-mana parti baru yang bukan jenis mengambil kesempatan semata-mata.

“Setakat ini, PAS akan pertahankan kerusi yang menjadi tradisi parti, yang kebanyakannya bertembung dengan UMNO,” tegasnya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang mengkhianati UMNO dan kini menjadi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin sebelum ini merayu kepada PAS supaya bekerjasama dengannya untuk menumbangkan parti Melayu UMNO. – mynewshub.cc

Tags: PASTuan Ibrahim Tuan Man
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd