• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Keluar 144 Saman Operasi Khas Seluruh Sabah

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah mengeluarkan 144 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dalam operasi khas di seluruh Sabah selama empat hari bermula 1 Nov lepas.

Pengarahnya Shuhaili Mohd Taufek berkata operasi melibatkan kesalahan nombor pendaftaran, cermin gelap, pemasangan lampu putih (HID) dan lampu “strobe” itu mendapati 61 kenderaan tidak menggunakan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Tiga lagi kenderaan menggunakan lampu ‘strobe’ dan 11 menggunakan lampu putih (HID),” katanya pada sidang media di ibu pejabat JPJ, Penampang, dekat sini hari ini.

Dalam operasi itu, katanya, sebanyak 938 kenderaan diperiksa dan 107 diambil tindakan .

Beliau berkata kompaun tidak melebihi RM300 dikenakan bagi setiap kesalahan itu dan sekiranya gagal diselesaikan dalam tempoh tertentu tindakan mahkamah akan diambil.

Suhaili berkata pihaknya mengedarkan sebanyak 1,454 risalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya berhubung peraturan itu serta saman yang dikenakan jika masih ingkar.

“Untuk kenderaan menggunakan cermin gelap, JPJ hanya akan mengeluarkan notis bagi mendidik pengguna agar memahami peratusan ketelusan cahaya yang kita tetapkan,” katanya.

Menurutnya, JPJ menggalakkan orang ramai hadir ke ibu pejabat dan cawangan JPJ di negeri untuk melakukan pemeriksaan cermin gelap tanpa dikenakan saman sebelum penguatkuasaannya pada Mac tahun depan. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd