• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM40,000

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki dan merampas 20 botol dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM40,000 di Jalan Telipot di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Superintendan Mit Emong berkata suspek berusia 55 tahun itu ditahan oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan pada pukul 8.20 malam semalam.

“Suspek ditahan ketika sedang memandu kereta seorang diri dan anggota menemui satu bungkusan plastik di alas kaki bahagian pemandu.

“Pemeriksaan membawa kepada penemuan 20 botol plastik cerah yang dipercayai mengandungi dadah jenis heroin,” katanya pada sidang akhbar mengenai rampasan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan dadah dari negara jiran dan dadah itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar Kota Bharu.

“Suspek dipercayai aktif sejak sebulan yang lepas dan mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah, kita juga sedang mengesan saki baki sindiket dadah ini.

Kejayaan ini merupakan hasil risikan dan maklumat awam , saya menasihati orang ramai supaya jangan melibatkan diri dalam aktiviti pengedaran dadah dan segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membanteras kegiatan dadah di negeri ini,” katanya.

Mit berkata suspek kini direman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd