• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Honda Malaysia Buka Pusat 3S Terbesar Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengedar Honda terbesar di Terengganu telah melancarkan Pusat 3S yang baharu bagi menyediakan perkhidmatan yang selesa dan cekap untuk pelanggan di kawasan Pantai Timur.

Pusat 3S Honda di bawah Syarikat Tan Eng Ann telah disuntik pelaburan sebanyak RM18 juta bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik termasuk meningkatkan lagi pengalaman keseluruhan para pelanggan Honda.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Katsuto Hayashi berkata syarikat itu akan terus menawarkan produk dengan nilai yang terbaik untuk wang disamping pakej keseluruhan yang menguntungkan.

“Syarikat Tan Eng Ann sekarang ini merupakan pusat 3S sepenuhnya dengan operasi jualan, perkhidmatan dan alat ganti di bawah satu bumbung dan ini adalah sangat penting dalam usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang bermula dari saat pelanggan berjalan masuk ke dalam bilik pameran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pusat 3S Honda yang baharu ini memiliki 18 ruang servis yang mampu menampung hampir 80 kenderaan sehari, ruang pelanggan serta sudut eksekutif yang selesa, perkhidmatan Wi-Fi percuma, servis pembaharuan cukai jalan dan insurans, ruang kanak-kanak serta surau.

Syarikat Tan Eng Ann sudah pun merancang fasa pengembangan untuk menjadi Pusat 4S Honda, dengan mengadakan kemudahan mengecat dan membaiki badan kereta dalam tempoh dua tahun. – BERNAMA

Tags: HondaMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd