• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rondaan, Sekatan Berjaya Kurangkan Jenayah Di Perak

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Peningkatan rondaan dan sekatan jalan raya di sekitar Perak Tengah terbukti berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah di daerah itu kebelakangan ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Aziz Hassan berkata sepanjang awal tahun sehingga kini, kadar jenayah di daerah itu berkurang kepada 163 kes berbanding 190 bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurut beliau, kes tertinggi sepanjang tahun ini adalah kecurian motosikal iaitu sebanyak 53 kes dan 24 daripadanya berjaya diselesaikan dengan Kampung Gajah menjadi daerah panas.

“Langkah pencegahan seperti rondaan dan sekatan jalan raya ini ditingkatkan di taman perumahan hampir setiap malam bagi menjamin keselamatan masyarakat setempat,” katanya dalam sidang media selepas majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini hari ini.

Majlis berkenaan menyaksikan Ketua Cawangan Khas Daerah Perak Tengah ASP Abd Malek Ismail dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah menggantikan DSP Leong Ah Kow yang bersara wajib mulai Isnin lalu.

Dalam perkembangan lain, Aziz berkata lima sahabat yang sedang melepaskan gian di dalam sebuah rumah di Kampung Bota Kiri dekat sini ditahan dalam serbuan Khamis lepas.

Katanya dalam serbuan kira-kira 5 petang itu, polis turut menemukan dadah jenis heroin seberat 30.72 gram di kediaman berkenaan yang dipercayai rumah seorang daripada suspek.

Menurut Aziz kelima-lima suspek yang berumur antara 26 dan 55 tahun itu juga positif dadah jenis morfin selepas ujian air kencing dijalankan dengan tiga daripada mereka memiliki rekod kesalahan jenayah dan dadah.

Aziz berkata kesemua individu berkenaan direman sejak 30 Sept lalu hingga 6 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, Leong mengingatkan semua anggota di setiap peringkat supaya sentiasa berdisiplin dan memberi kerjasama serta menghormati organisasi bagi melahirkan sebuah pasukan polis yang unggul.

Leong mula berkhidmat di IPD Perak Tengah pada Mac 2012 sebagai Timbalan Ketua Polis daerah dan mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1976 ketika berusia 20 tahun. – BERNAMA

Tags: Jenayahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd