• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Belum Bincang Untuk Bergabung Dengan Parti Lain

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS belum mengadakan sebarang perbincangan untuk bergabung dengan parti lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata walaupun parti itu memberi peluang kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di atas pentas mereka pada satu ceramah di Kemaman, Terengganu baru-baru ini, namun ia bukanlah petanda bahawa PAS dan PPBM akan bergabung.

“Kami tak jawab apa-apa, tak ada perbincangan lagi (untuk bergabung dengan PPBM). Baharu duduk atas pentas sama sahaja. Orang kata ‘don’t read too much’,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di sini, hari ini.

Muhyiddin sebelum ini dilihat berucap di atas pentas PAS pada satu ceramah yang diadakan di Kemaman, Terengganu dan turut mencadangkan supaya satu bentuk kerjasama dapat dijalinkan secara rasmi dalam Pakatan Harapan khususnya dengan PAS bagi mewujudkan gelombang perubahan besar ke arah pembentukan kerajaan baharu pada PRU14 akan datang.

Muhyiddin turut dipetik sebagai berkata PPBM bersedia untuk bersama-sama dalam apa keadaan sekali pun dan optimis segala perbezaan yang ada di antara parti serta perkara berbangkit dapat diselesaikan melalui rundingan secara terperinci.

Dalam pada itu, Mohd Amar sekali lagi mengulangi pendirian parti itu yang menutup pintu rundingan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“DAP dan Amanah memang itu keputusan parti, kita tak akan berunding dan tak berbincang apa-apa (dengan DAP dan Amanah). Orang lain kita ‘open’ tapi belum ada perbincangan rasmi dengan siapa-siapa,” katanya. – BERNAMA

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd