• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Permaisuri Sertai Kejohanan Golf 4 Penjuru

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyertai Kejohanan Golf Empat Penjuru Piala Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Taiping Golf & Country Club di Bukit Jana di sini.

Ketibaan Seri Paduka berdua disambut anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Seri Paduka berdua kemudian berkenan menerima cenderahati daripada Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) dan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebelum bersarapan pagi bersama peserta golf dan memulakan ‘tee-off’.

Seri Paduka berkenan mengurniakan wang tunai sebanyak RM2,000 kepada johan pasukan pertandingan itu dan majlis penyampaian hadiah akan berlangsung di Wisma Perwira KPD di sini malam ini.

Pertandingan anjuran bersama RAMD dan KPD itu diadakan buat kali keenam dan disertai 54 peserta yang terdiri daripada empat pasukan iaitu Istana Negara, Rejimen 513 Askar Wataniah, KPD dan RAMD.

Objektif utama pertandingan Golf Empat Penjuru Piala Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang diperkenalkan pada tahun 2009 adalah bagi merapatkan hubungan dan silaturahim antara institusi diraja dan anggota tentera. – BERNAMA

Tags: Agonggolf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Seru Umat Islam Syukuri Aidilfitri, Terus Istiqamah Dan Prihatin Sesama Insan

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan seluruh umat...

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya rakyat Malaysia jangan lupa terhadap lima prinsip Rukun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd