• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Besarkan Payudara Kerana Mahu Dapat Pekerjaan

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOSAN kerana gagal dapat pekerjaan, seorang lelaki di China telah menggunakan cara kejam untuk meningkatkan peluang mendapat kerja iaitu dengan menjalani prosedur membesarkan buah dada.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Ho dan berasal dari Zhuzhou berpendapat kaum wanita mempunyai prospek yang lebih luas dalam alam pekerjaan jadi dia membelanjakan £4,500 semata-mata untuk menjalani prosedur terbabit.

Dia yang berusia 30 tahun itu juga sanggup ke Changsha bagi tujuan tersebut. Namun selepas beberapa bulan, dia terpaksa membuang semula implan terbabit selepas mendapat tentangan daripada keluarganya.

lelaki1

Perbuatannya itu terbongkar selepas ibunya mendapat tahu dia berhutang sebanyak £4,558 untuk pembedahan terbabit.

“Saya berasa sangat takut. Bagaimana seorang lelaki boleh memiliki buah dada sebesar itu. Saya menangis dalam bilik berulang kali,’’ kata ibunya.

Wanita berkenaan juga memberitahu bahawa Ho mengalami masalah pendengaran sejak berusia tiga tahun dan berdepan masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Dia turut menyalahkan hospital kerana menjalankan prosedur tersebut tanpa memaklumkan kepada anggota keluarga yang lain.

Dalam pada itu, Ho berkata, memandangkan dia tidak mempunyai wang, maka dia telah berunding dengan pihak hospital.

“Mereka memberitahu saya bahawa saya boleh berhutang dulu. Mereka turut meminta saya menyerahkan telefon bimbit dan kad pengenalan,’’ kata Ho.

Selepas perkara berkenaan terbongkar, pihak hospital bersetuju untuk memansuhkan bayaran berkenaan sebagai pampasan kepada Ho. - MYNEWSHUB.CC

Tags: lelakipayudara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd