• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Setuju Cadangan Akta Kawal Dana Politik

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan memperkenal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik mampu mengukuhkan keadaan ‘tahap kesamarataan’ di arena politik negara.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) itu akan membantu mengawal dan menyelaras perbelanjaan politik bukan sahaja parti di bawah Barisan Nasional, malah semua parti politik yang ada.

“Di peringkat kita, UMNO mengalu-alukan tetapi tidak boleh terburu-buru kerana apa yang disebut oleh (Pengerusi JKNMPP) Datuk Paul Low Seng Kuan itu perkara yang akan dibawa kepada jemaah menteri.

“Setelah ia dipertimbang dan sekiranya perlu dikanunkan sebagai sebuah akta, ia akan dibawa ke Parlimen. Barulah kita berada dalam satu ‘level playing field’,” katanya selepas mempengerusikan mensyuarat bersama setiausaha penerangan UMNO negeri di sini hari ini.

Annuar menggesa parti pembangkang untuk sama-sama bersetuju bagi mengadakan undang-undang yang lebih telus mengenai perkara berkenaan.

Annuar, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata cadangan itu perlu dilihat secara objektif ke arah meningkatkan kematangan dan kelangsungan demokrasi berparliman yang diamalkan di Malaysia.

Jumaat lepas, JKNMPP menggariskan 32 cadangan termasuk memperkenal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk penambahbaikan soal integriti dan pembiayaan politik.

Dalam pada itu, UMNO membayangkan akan wujud satu persepakatan baharu dalam arena politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Tiada yang mustahil dalam politik. Mana tahu tengok-tengok PAS akan bekerjasama dengan BN,” katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui parti yang baru ditubuhkannya kini bersama pembangkang, dan tidak mustahil bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bekerjasama dengan BN. – BERNAMA

Tags: Annuar Musa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd