• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penonton Ditahan Pakai Seluar Dalam Jalur Gemilang

oleh AK-47
03/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-gara tidak menghormati bendera kebangsaaan, sembilan lelaki warga asing yang menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Sepang, semalam ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh dengan memakai seluar dalam dengan corak Jalur Gemilang.

Ketua Polis Sepang, ACP Abdul Aziz Ali mengesahkan sekumpulan warga asing yang berusia 25 hingga 29 tahun ditahan kira-kira 5 petang  kerana berkelakuan tidak senonoh.

Menurutnya, dua kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian itu dan kesemua warga asing itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan gangguan keamanan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA INI: Netizen Gesa Polis Siasat Penonton Aib Jalur Gemilang

Semalam, gelagat sekumpulan warga asing yang dipercayai dari Australia ini dikongsikan melalui Facebook Friend of PDRM dengan memaparkan dua keping gambar ketika acara berkenaan berlangsung semalam.

Dalam gambar berkenaan memaparkan sekumpulan warga asing berkulit putih separuh bogel dengan hanya memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang dilihat bersorak dipercayai selepas perlumbaan tamat.

Sekeping lagi gambar memaparkan sekumpulan warga asing yang sama itu ditahan polis selepas berkelakuan tidak senonoh.

Tindakan pantas polis ini mendapat pujian netizen dan mahukan tindakan dikenakan terhadap penonton luar yang dianggap biadap serta tidak menghormati bendera negara.

“Biar pun di negara-negara lain budaya seperti itu memang kebiasaan namun kita wajib mempertahankan budaya dan kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan penuh dengan nilai-nilai murni,” komen Friend of PDRM dalam Facebook hari ini. -MYNEWSHUB.CC

Tags: F1jalur gemilangwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd