• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Brunei Tiba Untuk Lawatan Tiga Hari

oleh Ahmad Albab
03/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Malaysia untuk lawatan tiga hari mulai hari ini.

Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, dekat sini pada 12.11 tengah hari diiringi permaisuri Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta pegawai kanan kerajaan.

Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar selaku menteri pengiring.

Sejurus selepas pesawat khas baginda mendarat, baginda memeriksa perbarisan kehormat yang dianggotai dua pegawai dan 26 anggota Batallion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Kapten Safwan Jaafar.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan rasmi Sultan Hassanal itu adalah bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-20 antara Malaysia dan Brunei.

“Rundingan ini merupakan acara penting dalam kalender tahunan bagi kedua-dua negara, ia adalah platform peringkat tertinggi bagi perbincangan mengenai
pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” menurut kenyataan itu.

Brunei menjadi tuan rumah bagi Rundingan Tahunan Ke-19 di Bandar Seri Begawan pada 11 Ogos, tahun lepas.

Siri Rundingan Tahunan Antara Ketua-Ketua Kerajaan Malaysia dan Brunei diadakan secara bergilir antara kedua-dua negara.

Wisma Putra berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan lawatan Sultan Brunei itu sebagai susulan kepada rundingan tahun lepas dalam usaha untuk terus memupuk dan mengukuhkan lagi kerjasama yang telah sekian lama terjalin antara Malaysia dan Brunei.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual meraikan Sultan Brunei Sultan Hassanal dan Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pada majlis jamuan tengah hari di Seri Perdana, Putrajaya esok.- BERNAMA

Tags: Sultan Brunei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tujuh Pemain Bola Sepak Mengaku Salah Cederakan Pasukan Lawan

Sultan Brunei Berkenaan Sertai Solat Jenazah Abdul Taib

22/02/2024
0

KUCHING: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di...

Sultan Brunei Terima Menghadap Anwar

Sultan Brunei Terima Menghadap Anwar

25/01/2023
0

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd