KEBIASAANNYA dalam sesebuah majlis persandingan, dendangan pemain kompang turut dijemput bagi memeriahkan lagi suasana majlis mengikut adat tradisi kaum Melayu.
Dan antara lagu yang biasanya yang dimainkan mereka adalah lagu-lagu lama seperti lagu Selamat Pengantin Baru, nyanyian malar segar Allahyarhamah Saloma.
Tapi, jangan tak tahu, pemain kompang sekarang pun dah maju tau.
Selain berkebolehan menyajikan tetamu dengan lagu-lagu evergreen, dorang pun sekarang boleh siap pakej menari dan menyanyikan lagu-lagu baharu yang sering diputarkan radio pada masa ini.
Seperti contoh, pemain kompang yang digelar lima beradik ini yang menawarkan khidmat kompang yang disertakan dengan koreografi unik dan tersendiri yang direka mereka.
Bagi yang sudah jatuh cinta dengan persembahan dorang, jangan lupa book untuk majlis resepsi anda pula nanti ya! – MYNEWSHUB.CC
Kompang 5 Beradik yang semakin mendapat nama kerana keunikan dan kreativiti mereka bermain kompang.
Boleh call 01123156734 untuk tempahan pic.twitter.com/AQZrlV51Ty
— MauKerja (@MauKerjaMY) September 30, 2016

