• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan Akta Mahkamah Syariah Mampu Tangani Jenayah Syariah

oleh Ahmad Albab
02/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi memperkasa mahkamah syariah di negara ini dilihat mampu menangani pelbagai jenayah syariah termasuk kelahiran anak luar nikah.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSiM) Datuk Prof Mahamad Naser Disa undang-undang yang lebih ketat diperlukan bagi membendung kelahiran anak luar nikah berikutan peningkatan kes itu saban tahun.

Beliau berkata dalam tempoh 2013 hingga 2015, kira-kira 159,000 anak luar nikah dilahirkan di negara ini.

“Kuasa hukuman mahkamah syariah yang kini dibataskan kepada kadar maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, enam kali sebatan syar’ie tidak lagi memberi pengajaran kepada pesalah syariah.

“Kalau kita tidak cegah daripada sekarang, kita nak tunggu zaman anak cucu, baru kita nak cegah, ia sudah terlambat,” katanya pada Forum Mega Pemantapan Syariat: Tanggungjawab Parlimen dan Hak Umat Islam di Pusat Islam di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Tan Sri Syeikh Ghazali Abd Rahman serta anggota panel forum terdiri daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Wanita Parti Amanah Dr Siti Mariah Mahmud.

Pada 26 Mei lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (Akta 355) di Dewan Rakyat.

Mahamad Naser berkata walaupun usul itu dikemukakan parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pemimpin kerajaan dan ramai yang melihat perkembangan itu sebagai detik yang menyatukan umat Islam.- BERNAMA

Tags: Mahkamah SyariahRUU 355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global

PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mencadangkan agar Mahkamah Syariah di seluruh negara melaksanakan prosiding sebutan kes secara...

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Tangguh 19 Jun

Kelantan Gubal RUU Pentadbiran Mahkamah Syariah Baharu

04/06/2024
1

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd