• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Pembalak Kelantan Nafi Gondol Hutan, Buli Orang Asli

oleh Ahmad Albab
01/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Pembalak Kelantan (PPK) menafikan pihaknya menggondolkan Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang dan membuli penduduk Orang Asli di kawasan itu.

Presidennya P.K Lim berkata Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd mendapat konsesi untuk menjalankan aktiviti pembalakan di HSK itu secara sah dan mematuhi syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata ketegangan yang timbul antara pembalak dan sekumpulan Orang Asli pada Rabu lepas adalah berikutan operasi bersepadu yang dijalankan membabitkan PPK, Jabatan Perhutanan Kelantan, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kehadiran semua agensi itu adalah bagi melakukan perbincangan selepas Orang Asli membina halangan di laluan ke kawasan HSK Balah bagi menghalang pengeluaran kayu balak dari kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kumpulan Orang Asli itu dilaporkan membuat sekatan bagi menghalang pengeluaran balak dan tindakan pembalak merobohkan sekatan itu sehingga mencetuskan kekecohan.

Penduduk Orang Asli berkenaan mendakwa kawasan antara Pos Tohoi dan Pos Simpor, Gua Musang itu adalah tanah nenek moyang mereka yang diceroboh pembalak manakala pembalak pula mendakwa mereka mempunyai lesen sah untuk melakukan kerja pembalakan.

Lim berkata dalam operasi bermula 2.30 petang Rabu lepas, pihaknya cuba berunding dengan kumpulan Orang Asli terbabit tetapi tidak berhasil, malah mereka menegaskan kawasan hutan itu adalah milik nenek moyang atau tanah adat mereka.

“SPRM, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan turut memberi penjelasan mengenai perkara ini kepada mereka, namun rundingan itu tidak mencapai kesepakatan sehinggalah keputusan meroboh pagar halangan keluar masuk yang dibina secara tidak sah oleh Orang Asli dilakukan,” katanya.

“Sebenarnya masalah seumpama ini sudah berlarutan sejak enam bulan lalu yang mana syarikat pembalakan gagal mengeluarkan hasil selepas sekatan jalan dilakukan.

“Sebelum ini, kami berjaya melakukan rundingan secara muafakat tetapi kali ini ia gagal kerana kami percaya ada dalang di sebalik kumpulan Orang Asli yang membuat bantahan itu,” katanya, sambil menambah pihaknya telah membuat laporan polis supaya masalah berkenaan diselesaikan sebaik mungkin. – BERNAMA

Tags: KelantanOrang AsliPembalakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd