• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hidupkan Kembali Kongres Budaya – Rais

oleh Ahmad Albab
01/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kongres Budaya perlu dihidupkan bagi memberi nafas baharu kepada nilai kemelayuan yang semakin pupus dalam kalangan masyarakat, kata Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kongres yang kali terakhir diadakan pada 1971 itu amat penting memandangkan masyarakat Melayu ketika ini kurang peduli tentang kebudayaan, bahasa dan seninya sendiri.

“Kita sudah terlalu lama dibungkus oleh cara kehidupan moden sehingga kita lupa siapa kita, jadi saya menggesa orang Melayu untuk memerhatikan perkara 160 Perlembagaan Malaysia mengenai adat dan budaya Melayu.

“Jika budaya mati, orang Melayu akan hilang identiti di negara sendiri,” katanya kepada pemberita pada Temasya Keris dan Budaya Warisan Melayu di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, universiti tempatan dan jabatan kerajaan berkaitan untuk mengadakan Kongres Budaya itu yang dijangka diadakan tahun hadapan.

Rais juga meminta kerajaan mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk Jabatan Warisan Negara dalam Bajet 2017 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Okt ini.

Katanya ia bagi memberi dorongan kepada jabatan itu untuk menggandakan usaha pemuliharaan dan mempromosi warisan negara seperti yang termaktud dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Mengenai Temasya Keris dan Budaya Warisan Melayu tersebut, Rais berkata ia adalah usaha yang baik dalam memberi pendedahan kepada generasi muda tentang sejarah, budaya dan seni Melayu yang patut diikuti oleh semua universiti awam di negara ini.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tiga hari temasya itu yang bermula semalam hingga esok, antaranya demonstrasi pembuatan keris, pertandingan keris, seni bela diri, demonstrasi seniman tua Melayu, sukan rakyat serta pameran dan jualan barangan kraf.

Turut diadakan, Pameran Jejak Langkasuka yang membawakan koleksi hasil seni ukiran Adiguru Seni Ukiran Kayu Kebangsaan, Norhaiza Noordin, Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein dan hasil seni ‘etching’ (punaran) oleh pelukis terkemuka Ilse Noor. – BERNAMA

Tags: budayaRais Yatim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Festival Rain Rave’ Bukan Pengalaman Yang Saya Inginkan Di Malaysia – TikTokers Roman Travels

‘Festival Rain Rave’ Bukan Pengalaman Yang Saya Inginkan Di Malaysia – TikTokers Roman Travels

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh media sosial luar negara, Roman Travels meluahkan pandangannya berhubung Festival Muzik Air Rain Rave 2026...

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti DAP yang sepatutnya berasa malu kerana tidak dapat membezakan antara budaya Malaysia dengan disko jalanan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd