• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Johor Sambut Baik Cadangan Akta Sumbangan

oleh Ahmad Albab
01/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Badan Perhubungan UMNO Johor menyambut baik cadangan untuk memperkenalkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik bagi memastikan amalan budaya politik yang sihat.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata itu merupakan satu usaha yang terbaik supaya semua parti dapat mengamalkan cara politik yang lebih baik selain dapat mengawal sumbangan yang datang daripada pelbagai pihak.

“Cadangan berkenaan perlu mendapat sokongan semua pihak sekiranya semua parti politik mahu mengamalkan budaya politik yang sihat.

“Daripada sudut pelaksanaan, saya menerima dengan terbuka… dan berharap kesemua pihak yang terlibat dapat menerimanya,” katanya.

Menteri Besar Johor itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Antarabangsa 2016 di Galleria Kotaraya, di sini hari ini.

Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) semalam menggariskan 32 perkara termasuk memperkenalkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk meningkatkan integriti dan pembiayaan politik.

Pengerusinya Datuk Paul Low Seng Kuan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan sebagai berkata cadangan tersebut akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh dua minggu lagi sebelum dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diluluskan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, berkata UMNO menerima cadangan JKNMPP.

Beliau berkata semua parti politik termasuk pembangkang perlu menyokong akta tersebut jika ia hendak dilaksanakan di negara ini.

Tambah Najib, ia bukan perkara baharu, malah pernah diutarakan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum ke-13 dalam mewujudkan kaedah sumbangan politik yang lebih telus di negara ini. – BERNAMA

Tags: Khaled NordinUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd