• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kashmir: Ban Ki-moon Tawar Diri Jadi Orang Tengah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, pada Jumaat menawarkan diri menjadi orang tengah antara India dan Pakistan bagi mengurangkan ketegangan berhubung wilayah Kashmir yang menjadi rebutan kedua-dua negara jiran itu.

Tawaran dibuat selepas duta Pakistan bertemu Ban dan menggesa beliau masuk campur secara peribadi, manakala India berkata ia tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Ban mendesak kedua-dua pihak bertahan dan mengambil langkah segera untuk mengendurkan keadaan, kata kenyataan daripada jurucakap beliau.

Ban berkata, India dan Pakistan perlu mengenal pasti perbezaan menerusi diplomasi dan dialog, dan menawarkan diri untuk menjadi orang tengah.

“Pejabatnya tersedia jika diterima kedua-dua pihak,” kata jurucakap Ban.

Ketegangan antara kedua-dua negara jiran itu semakin memuncak sejak kerajaan India menuduh militan berpangkalan di Pakistan melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera di Kashmir awal bulan ini yang mengorbankan 18 anggota tentera.

India kelmarin menyatakan ia melancarkan serangan beberapa kilometer ke dalam Kashmir yang dikawal Pakistan ke atas apa yang disifatkannya sasaran “pengganas”.

“Ini adalah saat bahaya bagi rantau ini. Sudah tiba masanya beliau campur tangan jika kami mahu mengelakkan krisis, kerana boleh melihat ia semakin memuncak,” kata Duta Pakistan, Maleeha Lodhi, selepas bertemu Ban di ibu pejabat PBB di New York.

Lodhi menuduh India mencetuskan keadaan yang memberi ancaman kepada keselamatan dan keamanan serantau dan antarabangsa. – AFP/BH ONLINE

Tags: Ban Ki-moonIndiaPakistan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd