• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Tahun Tak Sedar Tinggal Dengan Mayat Anak

oleh Ahmad Albab
30/09/2016
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Brooklyn – Seorang wanita tua yang buta dan pengumpul barang terpakai dipercayai hidup bersama rangka anaknya selama hampir 20 tahun tanpa menyedarinya.

Sumber Jabatan Polis New York (NYPD) berkata, rangka itu ditemui 15 September lalu apabila seorang anggota keluarga Rita Wolfensohn datang ke rumah wanita berkenaan untuk mengambil barangan untuknya yang ketika itu dirawat di hospital.

Di tingkat dua rumah empat bilik itu, adik ipar Rita, Josette Buchman menemui rangka manusia yang lengkap sepenuhnya.

Bagaimanapun, penyiasat berkata, mereka percaya Rita tidak menyedari dia tinggal dengan mayat anaknya.

Sarang labah-labah dan sampah sarap memenuhi bilik tempat mayat itu ditemui – seperti sebuah trak sampah membuang muatannya di dalam, kata sumber polis.

Walaupun bau dalam bilik itu sungguh busuk tetapi ia tidak berbau mayat reput.

Ketika disoal siasat, wanita itu hanya berkata, anak lelakinya sudah lama berpindah.

Pihak berkuasa belum mengenal pasti mayat itu secara rasmi tetapi mereka percaya ia anak Rita yang diyakini mati akibat sakit biasa.

Polis juga enggan memberikan nama lelaki itu.

Menurut rekod, Rita mempunyai dua anak lelaki, Michael dan Louis. Anggota keluarganya berkata, mereka tidak melihat Louis sejak 20 tahun lalu dan dia berusia 49 tahun jika masih hidup.

Michael mati pada 2003 ketika berusia 38 tahun. – Agensi/myMetro Online

Tags: IbuMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd