• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Pecat Dua Pemimpin Kesatuan Pekerjanya

oleh AK-47
03/09/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pengendali rangkaian pengangkutan keretapi di Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah bertindak memecat dua pemimpin kesatuan pekerja syarikat itu selepas didapati terlibat dalam satu piket 9 Mei lepas.

Perkara itu disahkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) hari ini.

Mereka yang dipecat ialah Presiden RUM Abdul Razah Md Hassan dan Timbalannya R Subramaniam. Pihak kesatuan menganggap pemecatan itu sebagai satu perbuatan mencabul keadilan.

Dipetik portal The Malaysian Insider (TMI) Razak berkata mereka berdua menerima surat pemecatan dari pihak KTMB Jumaat lepas.

“Kami dimaklumkan bahawa khidmat kami tidak lagi diperlukan dan pemecatan berkuatkuasa serta merta.

“Selain kami, ada 12 lagi ahli RUM sedang menunggu keputusan siasatan dalaman KTM selesai dan tindakan akan diberikan selepas selesai prosiding disiplin.

“110 orang ahli RUM pula sudah diberikan surat tunjuk sebab oleh KTMB yang untuk mengenalpasti siapa yang terlibat dalam piket berkenaan,” kata Razak.

Pada kejadian 9 Mei itu, 700 orang pekerja KTMB berhimpun di hadapan ibu pejabat syarikat itu bagi menuntut Presiden KTMB Datuk Elias Kadir ditamatkan perkhidmatannya.

Ia dianjurkan oleh RUM, iaitu antara kesatuan pekerja yang pertama diwujudkan di Malaysia.

Menurut RUM, Elias mencatatkan sejarah terburuk kepimpinan KTMB dan menyebabkan prestasi syarikat itu semakin merosot.

Pada piket itu, mereka juga meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya turut campurtangan dalam isu itu. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU K

Tags: KTMBPecat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

30/04/2026
0

DALAM politik kadang-kadang yang paling kuat bersuara bukan semestinya yang paling tepat hujahnya. Isu melibatkan sayap pemuda DAPSY mendesak Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd