• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Anggota Polis Perak Terjebak Dengan Daesh

oleh Ahmad Albab
29/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiada anggota polis kontinjen Perak terlibat dalam sebarang aktiviti yang mempunyai kaitan dengan militan Daesh, kata Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hasnan Hassan.

Beliau berkata sebagai penguat kuasa dan pasukan keselamatan tidak seharusnya mana-mana anggota atau pegawai terlibat dalam kegiatan militan secara langsung atau tidak.

“Jika ada anggota yang terlibat kita tidak akan berkompromi serta akan dikenakan tindakan undang-undang yang bersesuaian,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Perak, di sini hari ini.

Selain itu, Hasnan berkata bagi tahun ini dari Januari sehingga semalam polis Perak telah menyelesaikan 2,401 pelbagai kes, melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan.

Katanya walaupun tangkapan berkaitan kes membekal dan pengedaran dadah meningkat sebanyak 14.9 peratus atau 197 kes bagi tempoh Januari hingga Ogos ini namun keadaan adalah terkawal.

“Jenayah kekerasan turut mencatatkan peningkatan 2.14 peratus, jenayah komersial seperti penipuan dan pecah amanah juga meningkat dengan nilai kerugian mencecah RM68 juta berbanding RM21.6 juta tahun lalu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kes tetak seorang warga emas di Tapah Selasa lepas, Hasnan berkata suspek kejadian mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan turut mempunyai perintah sekatan di Selangor akibat penagihan dadah.

Katanya suspek baharu sahaja pulang ke kampungnya lebih kurang sebulan dan dipercayai melakukan pembunuhan itu ketika dalam pengaruh dadah.

Dalam kejadian itu, mangsa Low Kew @ Low Lin Kiew, 74, ditemukan mati oleh anak sulungnya di dalam rumah di Kampung Baru Air Kuning kira-kira pukul 7.20 malam.

Suspek kini direman tujuh hari sehingga 4 Oktober ini untuk siasatan. – BERNAMA

Tags: dadahDaeshpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd