• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Aku Tak Kenal Dia, Buat Je Apa Korang Nak’ – Ibu Suspek

oleh AK-47
29/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN sahaja ditangkap, malah dia juga dimalukan oleh ibunya sendiri dan kemudian ‘dikerjakan’ pula oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Itu nasib yang diterima oleh seorang remaja berusia 20-an selepas dibelasah oleh orang ramai dalam kejadian ragut di hadapan sebuah restoran, berhampiran Masjid Aminah, Gombak, Selangor pada Selasa.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), suspek yang menunggang motosikal dilihat meragut sesuatu daripada seorang lelaki yang sedang berjalan.

Bagaimanapun suspek berkenaan terjatuh ketika cuba melarikan diri, membuatkan dia pula berjaya dicekup semula oleh mangsanya sendiri.

Lantas, orang ramai yang menyaksikan kejadian terus mengerumuni suspek lalu bertindak memukul dan menerajang remaja itu bertubi-tubi.

Tidak beberapa lama kemudian, tampil beberapa individu dipercayai ahli keluarga suspek meminta orang ramai untuk menghentikan segera dan mereka turut memohon maaf bagi pihak remaja berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa meminta ganti rugi sebanyak RM9,000 kepada keluarga itu, lalu membuatkan seorang wanita dipercayai ibu kepada suspek berkata, “Aku tak kenal budak ni, korang buatlah apa yang korang nak buat!”

'Aku Tak Kenal Dia, Buat Je Apa Korang Nak' - Ibu Suspek

'Aku Tak Kenal Dia, Buat Je Apa Korang Nak' - Ibu Suspek

Mangsa yang ‘lunyai’ dibelasah itu kemudiannya ditahan pihak polis selepas mendapat panggilan daripada orang ramai. – MYNEWSHUB.CC

 

Tags: dibelasahperagutragut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemansuhan Pencen: Jumlah Penjawat Awam Pasti Menyusut – PN

Remaja Dibelasah Bapa Mabuk Bongkar Pernah Dirogol Suspek

25/01/2024
0

REMBAU: Remaja perempuan yang ditendang dan dipukul bapanya yang mabuk sehingga menerima 12 jahitan pada kepala tengah malam kelmarin, dipercayai...

Peniaga Cedera, Seorang Daripada Peragut Berjaya Ditahan

Peniaga Cedera, Seorang Daripada Peragut Berjaya Ditahan

13/03/2023
0

Kota Bharu : Peniaga kedai runcit cedera selepas diragut dua lelaki di di Jalan Padang Kelochor di sini, kelmarin. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd