Sample Page Title

Kota Bharu : Peniaga kedai runcit cedera selepas diragut dua lelaki di di Jalan Padang Kelochor di sini, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian 7.15 malam itu, mangsa berusia 62 tahun didatangi dua lelaki bermotosikal ketika hendak menutup kedainya, sebelum mereka melarikan dua beg kain yang dipegang mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, ketika cuba melarikan diri, motosikal yang ditunggang suspek berselisih dengan kenderaan lain menyebabkan mereka hilang kawalan dan terjatuh.

“Orang awam yang berada di tempat kejadian menahan seorang daripada suspek dan seorang lagi sempat melarikan diri.

“Suspek yang ditahan adalah lelaki tempatan berusia 34 tahun. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methapetamine dan semakan rekod menunjukkan dia mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd Rosdi berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk rawatan lanjut.

Katanya, usaha mengesan seorang lagi suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Suspek yang ditahan kita direman lima hari sehingga Rabu ini,” katanya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...