• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Arus Perdana Tak Mainkan Isu Perkauman

oleh Ahmad Albab
28/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Media arus perdana dilihat bersikap lebih berhati-hati dalam menerbitkan berita bersifat perkauman dan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia berbilang kaum bagi menjaga sensitiviti setiap masyarakat.

Dekan Fakulti Sastera, Komunikasi dan Pendidikan (FACE) Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) Prof Dr Faridah Ibrahim berkata satu kajian terhadap berita pilihan pembaca yang beliau lakukan menunjukkan isu hubungan etnik berada pada kedudukan ketujuh daripada 10 isu penting.

Katanya kajian berkenaan yang dijalankan ke atas 352 responden di Lembah Klang mendapati hal itu berlaku kerana media arus perdana tidak melaporkan mengenai perselisihan antara kaum disebabkan tapisan dan pendirian pemilik media masing-masing.

“Sebaliknya, maklumat berkaitan hubungan etnik lebih banyak dibincangkan secara mendalam oleh penulis blog dan media alternatif yang lebih terbuka dan tidak terikat dengan apa-apa polisi,” katanya pada sesi pertama Forum Media Kebangsaan 2016 anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa media arus perdana supaya lebih kreatif dan inovatif dalam melaporkan berita berkaitan hubungan etnik bagi memastikan laporan mereka menjadi pilihan masyarakat, sekaligus memupuk perpaduan negara.

Faridah berkata media arus perdana perlu lebih fokus dalam menerbitkan berita mengenai kelebihan dan keistimewaan pelbagai etnik dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini.

Mengulas mengenai dapatan kajian tersebut, Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berpandangan, kurangnya minat terhadap isu hubungan etnik kerana masyarakat lebih mementingkan akses keperluan hidup masing-masing.

Menurutnya apa yang lebih penting untuk masyarakat ialah jaminan masa depan keluarga mereka dan itu menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian terhadap hal-hal hubungan kaum dan kesannya kepada masyarakat.

Katanya dengan adanya platform media yang kini sudah pelbagai, cara rakyat Malaysia untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara kini sudah berbeza.

“Namun, isunya sekarang adakah isu yang diluahkan mereka itu soal peribadi atau untuk kepentingan masyarakat. Garis pemisah antara soal peribadi dan masyarakat sukar untuk dipisahkan sehinggakan isu-isu berkaitan ekonomi juga dijadikan isu etnik,” katanya kepada pemberita selepas tamat sesi pertama forum itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr Chamil Wariya berkata adalah kurang tepat untuk mengatakan media arus perdana tidak memainkan peranan dalam memupuk perpaduan antara kaum di negara ini.

“Saya rasa bukan media arus perdana tidak memainkan peranan dalam memupuk perpaduan tetapi masalahnya ialah ungkapan perpaduan itu sendiri. Perpaduan mesti ada dua elemen iaitu kesepaduan dan penyatupaduan. Dalam perpaduan ada kesepaduan dan dalam kesepaduan ada penyatupaduan.

“Jika kedua-dua elemen ini dapat difahami oleh media dan juga ahli politik, maka akhirnya perpaduan boleh dicapai. Tetapi jika sistem dalam masyarakat berdasarkan kepada etnik, saya percaya ini adalah tugasan yang berat jika media sahaja yang menyempurnakan tugasan memupuk perpaduan,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: media
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd