• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tetap Calon Pilihan Pembangkang Pimpin Malaysia

oleh Ahmad Albab
28/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor melalui institut penyelidikannya, Institut Darul Ehsan (IDE) mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi pilihan untuk menjadi pemimpin Malaysia.

Timbalan Pengerusi IDE, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, ia berdasarkan bancian yang dilakukan oleh institut berkenaan pada 26 hingga 30 Ogos 2016.

“Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih menjadi pilihan selaku tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin Malaysia berdasarkan bancian.

“Dengan jumlah 30 peratus beliau (Anwar) mengatasi mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ditempat kedua dengan 24 peratus sementara bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketiga (17 peratus),” dakwanya.

Kenyataan IDE itu dimuat naik oleh isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di laman Facebook beliau malam tadi.

Penasihat IDE ialah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali manakala Ahli Lembaga Pengarahnya ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menerajui kerajaan jika parti Melayu UMNO berjaya ditumbangkan.

Beliau turut membayangkan orang kanannya merangkap Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan calon Perdana Menteri jika pembangkang memerintah Malaysia.

Kenyataan Mahathir itu tamparan kepada Pakatan Harapan terutama DAP dan PKR yang mencapai persetujuan menjalin kerjasama singkat bagi menumbangkan kerajaan sedia ada.

Umum mengetahui PKR dan DAP pernah bertegas Anwar akan menjadi Perdana Menteri hingga menimbulkan konflik dengan PAS.

Mohammad Redzuan seterunya berkata, bancian IDE juga mendapati Anwar turut memperoleh sokongan 40 peratus berdasarkan bancian ‘Keperluan Menerajui Pimpinan Kerajaan Malaysia untuk Mengembalikan Kecemerlangan Negara’.

Beliau bagaimanapun mengakui, dibawah bancian ‘DSAI (Anwar) telah dizalimi dan perlu dibebaskan segera dari penjara’, cuma 51 peratus bersetuju dengan perkara itu manakala 29 peratus ‘Tidak Pasti’ dan 20 peratus memilih ‘Tidak’.

Mengikut pecahan kaum, Cina menyatakan sokongan tertinggi berhubung perkara itu dengan 57 peratus diikuti India (55 peratus) dan Melayu (47 peratus). – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anwar IbrahimIDE
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

04/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim secara sinis menyindir kenyataan bekas Ahli...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd