• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tidak Mudah Terpengaruh Dengan Gerakan Lain

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “PAS adalah sebuah parti yang tidak mudah terpengaruh dengan gerakan lain,” kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Kata beliau, PAS adalah sebuah parti yang berpegang dengan prinsip berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan tertinggi.

Justeru, katanya, PAS tidak akan berganjak daripada perjuangan parti itu yang telah diasaskan oleh para ulamanya selama ini.

“PAS berpegang dengan prinsip yang menjadikan ia tidak terpengaruh dengan mudah kepada gerakan lain,” tegasnya dalam satu ceramah di Terengganu baru-baru ini.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini memujuk PAS supaya menyertai gerakan bagi menumbangkan kerajaan dan parti Melayu UMNO diluar konteks pilihan raya.

PAS bagaimanapun menegaskan gerakan yang sedang dilaksanakan oleh Pakatan Harapan itu tidak selari dengan prinsip politik PAS.

Idris dalam pada itu berkata, PAS mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak ada pada gerakan Islam lain.

Sebagai contoh, katanya, PAS mengambil semangat daripada Revolusi Islam Iran tetapi tidak membawa mazhab Syiah di negara itu ke Malaysia.

Beliau bagaimanapun mendedahkan pada satu ketika terdapat kumpulan tertentu dalam PAS tetapi mendapat tarbiah daripada gerakan lain.

Menurutnya, kumpulan terbabit membuat usrah dengan memadam lampu malah pernah melakukan usrah ditempat yang sangat terperosok di sebuah IPT.

“Mereka mengambil bulat-bulat manhaj dari luar tanpa mengambil kira suasana setempat yang berbeza.

“Golongan inilah yang kemudiannya masuk sebuah parti serpihan yang baharu ditubuhkan,” katanya.

Parti serpihan PAS baharu itu dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang diketui bekas Timbalan Presiden PAS yang disingkirkan, Mohamad Sabu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pakatan harapanPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd