• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Kemuka Penyata GST, Syarikat Ke Mahkamah

oleh Ahmad Albab
28/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebuah syarikat dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tempoh lapan bulan.

Dua pengarah Syarikat Faito Racing Trend Sdn Bhd itu, Teoh Chin Ching, 65, dan Teoh Wee Let, 37, meminta kes dibicarakan selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan berkenaan di hadapan Hakim Ibrahim Osman.

Syarikat pengedar alat ganti motosikal itu didakwa gagal mengemukakan penyata GST bagi tempoh bercukai dari April 2015 hingga Sept 2015 dan Nov 2015 hingga Dis 2015 mengikut Seksyen 41(6) Akta GST 2014 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Cawangan Pendaftaran dan Pengurusan Hasil GST, Kompleks Kastam Seberang Jaya, Lot 5492, Jalan Perpustakaan, Lebuh Tenggiri Seberang Jaya, dekat sini, pada 1 April 2015 dan 1 Dis 2015.

Mahkamah menetapkan 17 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan penyerahan dokumen manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Abd Malik Awang Kechik daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. – BERNAMA

Tags: GSTkes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd