• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Lagak Samseng, Aniaya Penjual Aiskrim

oleh AK-47
28/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH video dimuat naik pengguna laman Facebook dikenali sebagai Amin Ali memaparkan kejadian sekumpulan pelajar sekolah sedang lepak di sebuah lorong berhadapan kediamannya pada Isnin.

Menurut Amin, kejadian yang berlaku pada petang 26 September 2016 melibatkan sekumpulan remaja berpakaian lengkap uniform sekolah menengah melepak di kawasan perumahan didiaminya di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Jelas saksi, kawasan perumahan tersebut memang tidak selamat untuk diduduki berdasarkan pengalaman yang telah dilaluinya sendiri yang menjadi salah seorang mangsa kes curi minyak petrol kereta.

Jom ikuti perbualan saksi dengan sekumpulan remaja berkenaan:

Bila ditanya buat apa di sini? Jawapannya melepak. Ditegur sebab mereka buat bising pada waktu penduduk sedang berehat dan suara mereka mengganggu ketenteraman awam.

Bila ditanya lagi tingkatan berapa? Mereka jawab tingkatan 3. Mereka bagi alasan baru habis kelas tambahan yang bermula jam 2.30 petang. Hairan sungguh, macam ponteng kelas tambahan pun ya.

Ditanya sekolah mana? Salah seorang daripada mereka tunjuk ke arah sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai (2), tidak jauh dari lokasi mereka melepak.

Pelajar Lagak Samseng, Aniaya Penjual Aiskrim

Menerusi video yang dikongsikan, kumpulan remaja itu turut menahan seorang penjual aiskrim bermotosikal warganegara Pakistan, berdasarkan pakaian dan raut wajahnya.

Malah salah seorang daripada mereka berbaju merah dilihat melarikan diri selepas mengambil aiskrim tanpa membayarnya. Namun kembali bersama kumpulannya setelah penjual itu berlalu.

Manakala seorang lagi lengkap beruniform yang menggalas beg sandang bertindak mencuri satu plastik kon aiskrim tanpa disedari penjual. Kemudian membahagikan hasil curiannya kepada rakan-rakannya yang lain.

Aksi tidak bermoral sekumpulan pelajar itu tidak terhenti di situ sahaja. Tambah saksi mereka juga dilihat menghisap rokok dan meninggalkan sampah sarap begitu sahaja sebelum meninggalkan port mereka.

Oleh itu, saksi menyeru kes ini diviralkan agar mendapat perhatian pihak yang sewajarnya agar gejala seperti ini tidak berulang lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pelajar sekolahsamseng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd