• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Vida Tawar Hati, Enggan Terus Taja Kelantan?

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Artis, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASUKAN bola sepak The Red Warriors menerima tamparan yang hebat apabila penaja utamanya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memberitahu bahawa beliau sudah tawar hati untuk meneruskan tajaannya kepada skuad tersebut.

Lebih dikenali sebagai Datuk Vida, beliau mempunyai perancangan untuk menamatkan tajaan kepada pasukan itu lebih awal dari tempoh sebenar, selama dua musim.

“Hati saya sudah retak, sudah tiada lagi ‘bahang’ seperti dahulu. Saya kecewa dengan prestasi Kelantan dan saya rasa ia tidak berbaloi dengan pelaburan besar saya.

“Saya orang bisnes, jadi saya amat terkesan dengan prestasi hambar pasukan yang sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan pengguna,” kata Datuk Vida kepada mStar online.

Tambahnya, beliau akan berjumpa dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa untuk mengesahkan keputusannya itu dalam masa yang terdekat.

Menjawab tentang persoalan tempoh kontrak tajaan yang masih belum berakhir, beliau berkata;

“Suami isteri pun kalau kahwin akan janji nak hidup semati tapi kalau dah sakit jiwa, cerai jelah. Buat apa nak tanggung derita.”

Sebelum ini terdapat  khabar angin yang mendakwa beberapa pemain pasukan Kelantan bakal meninggalkan pasukan tersebut, termasuklah Wan Zack haikal, Mohd. Badri, Wan Zaharulnizam, Nor Farhan, Khairul Fahmi dan Brendan Gan.

Menurut Datuk Vida, beliau ada mendengar spekulasi tersebut tetapi tidak menjangka jumlah pemain begitu ramai dan membabitkan nama-nama besar dalam pasukan. -MYNEWSHUB.CC

Tags: datuk vidaKelantanThe Red Warriors
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd