• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anina Tarik Balik Rayuan Saman Terhadap PM

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas anggota Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin menarik balik rayuan mengenai penolakan samannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan setiausaha eksekutif UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berhubung isu derma RM2.6 bilion.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib dan Ab Rauf, ketika dihubungi berkata peguam yang mewakili Anina memfailkan notis untuk tidak meneruskan rayuan itu bulan ini.

“Anina menawarkan untuk membayar kos RM5,000 dan kami bersetuju. Dengan itu, berakhirlah perkara mengenai saman yang dikemukakannnya terhadap Najib dan Ab Rauf,” kata beliau.

Sementara itu, ketika dihubungi, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Anina, berkata notis berkenaan difailkan pada 22 September berikutan keputusan Anina untuk menarik balik rayuannya kerana ingin meneruskan perjuangan melalui platform lain – parti politik, PPBM.

Beliau berkata adalah tidak munasabah bagi Anina meneruskan rayuannya kerana dia tidak lagi menjadi anggota UMNO.

Mohamed Haniff berkata oleh kerana Anina menarik balik rayuannya itu, yang ditetapkan untuk didengar hari ini, maka bagi berlaku adil kepada pihak yang terlibat dengan kes itu yang telah membuat persiapan mengenai kes mereka, Anina bersetuju membayar kos.

Pada 12 Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak saman sivil Anina terhadap Najib, yang juga presiden UMNO, dan Ab Rauf.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membenarkan permohonan Najib dan Ab Rauf untuk mengetepikan saman itu selepas memutuskan bahawa Anina tidak mempunyai locus standi bagi memulakan tindakan kehakiman kerana dia bukan penyandang atau pemegang sebarang jawatan dalam UMNO.

Anina memfailkan saman sivil terhadap Najib dan Ab Rauf, antara lain, untuk menuntut sebahagian daripada derma RM2.6 bilion, (US$650 juta) yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib di Singapura. – BERNAMA

Tags: Ab RaufAninasaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd