• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Jenayah Di Perlis Turun 15.2 Peratus

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kadar jenayah di Perlis bagi tempoh Januari hingga 25 September tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 15.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Negeri, SAC Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata sebanyak 463 kes dicatatkan dalam tempoh itu tahun ini berbanding 546 kes tahun lepas iaitu turun sebanyak 83 kes.

“Jumlah itu membabitkan jenayah ragut, pecah rumah dan curi motosikal,” katanya selepas menyampaikan cek kepada penerima Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini, hari ini.

Beliau berkata faktor penurunan kadar jenayah di negeri ini dibantu Rakan Cop yang menjadi mata dan telinga polis.

“Keberkesanan agensi penguatkuasaan undang-undang amat bergantung pada kerjasama dan sokongan orang ramai. Jadi dengan adanya Rakan Cop atau Rakan Polis ini, sedikit sebanyak membantu dalam menyalurkan maklumat jenayah kepada polis, katanya.

Ab Rashid berkata Perlis mempunyai lebih daripada 3,000 Rakan Cop dalam usaha membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras jenayah di negeri ini.

Terdahulu, seramai 16 pegawai dan anggota polis yang sudah bersara, balu dan waris mereka menerima bantuan khairat kematian dan bencana alam.

Ab Rashid berkata setiap penerima khairat kematian menerima RM500 hingga RM1,000 manakala penerima bantuan bencana alam pula sebanyak RM1,500 seorang.

Tabung itu katanya, diwujudkan bagi membantu dan menjaga kebajikan pegawai dan anggota polis yang sudah bersara mahupun waris bagi anggota yang telah meninggal dunia.

Dalam perkembangan lain, Ab Rashid mengingatkan pegawai dan anggotanya untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana banjir pada tahun ini.

“Memandangkan keadaan cuaca tidak menentu sekarang ini, kita sentiasa memantau keadaan cuaca dan telah membuat persediaan awal,” katanya. – BERNAMA

Tags: JenayahPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd