• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Penglibatan Ibu Bapa Di Sekolah Perlu Dipertingkat

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di sekolah seluruh negara masih belum mencapai tahap yang membanggakan dan perlu dipertingkatkan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata mengikut statistik terkini, secara keseluruhannya, terdapat negeri yang tahap penglibatan ibu bapa di sekolah mencecah sehingga 70 peratus dan ada juga yang hanya mencapai 40 peratus.

“Penglibatan ibu bapa dengan aktiviti di sekolah ini bergantung kepada keadaan setempat. Saya tidak boleh sebutkan ikut negeri. Tetapi mengikut pengetahuan saya, ada yang telah mencapai tahap tertinggi dan membanggakan.

“Contohnya, ibu bapa sendiri yang cat tangga dan bilik air sekolah, membaiki peralatan sekolah yang mana semua ini tidak memerlukan khidmat kontraktor.

Malah ada aktiviti yang ibu bapa sendiri anjurkan di sekolah dan guru-guru hanya perlu menyertainya bersama anak murid,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Persidangan Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Tamil di Insitut Aminuddin Baki, Genting Highlands di sini hari ini.

Mahdzir berkata ibu bapa kini bukan hanya ke sekolah untuk mengambil kad laporan anak-anak, sebaliknya turut terlibat secara aktif dalam kegiatan dianjurkan sekolah.

Jelasnya, kementerian sedar usaha untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan aktiviti di sekolah ini sangat mencabar dan ia diberi penekanan penting seperti yang digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Menyentuh mengenai persidangan itu, beliau berkata ia amat penting dalam memberi motivasi, pemahaman dan pelan susur atur berkaitan dengan pengelolaan sekolah-sekolah Tamil di negara ini.

“Ini antara platform untuk berbincang dan melihat tanggungjawab Lembaga Pengelola Sekolah di sekolah masing-masing termasuk pentingnya penglibatan mereka dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan alumni sekolah dalam membangunkan sekolah,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: ibu-bapapelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd