• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Adakan Mesyuarat Khas Bincang Persempadanan

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi membincangkan mengenai persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata mesyuarat itu akan disertai oleh setiausaha agung parti komponen BN seluruh negara untuk membincangkan sebarang ketidakpuasan hati mereka terhadap cadangan persempadanan semula itu sebelum keputusan dibuat untuk mengemukakan bantahan kepada SPR sebelum 14 Oktober ini.

“UMNO juga telah minta Badan Perhubungan UMNO Negeri yang mempunyai masalah (berkaitan syor persempadanan semula) untuk mengumpulkan semua syor atau bantahan dan hasil penelitian akan diserahkan kepada SPR.

“Kalau boleh, kita minta SPR lihat semula (cadangan persempadanan) kerana beberapa bahagian UMNO tidak berpuas hati, begitu juga pembangkang yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan bantahan kepada SPR,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak di sini hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata persempadanan semula kawasan pilihan raya merupakan perkara biasa yang dilakukan SPR setiap lapan hingga 12 tahun sekali bergantung kepada penambahan penduduk di negara ini.

Dalam pada itu, Tengku Adnan menegaskan UMNO tiada kaitan dengan cadangan persempadanan semula sepertimana yang didakwa pembangkang kerana SPR merupakan badan yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti.

“Kita (UMNO) tak buat (seperti dakwaan), jadi kita akan kumpul semua bantahan mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan,” tegas setiausaha agung UMNO itu.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan Pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

SPR sedang mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula 15 September hingga 14 Oktober. – BERNAMA

Tags: BNPersempadanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd